Toyota diarah bayar RM992j kepada sebuah keluarga

0
46
Advertisement



TEXAS: Juri menganugerahkan pampasan berjumlah AS$242 juta (RM992 juta) kepada sebuah keluarga di Dallas selepas mendapati kecacatan pada kereta Lexus sedan menyebabkan kecederaan dua anak mereka dalam kemalangan jalan raya.

Keputusan dicapai juri di Mahkamah Daerah Dallas itu termasuk lebih AS$143.6 juta (RM589 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif selepas mereka bersetuju tindakan pembuat kereta itu, Toyota Motor Corp dan Toyota Motor Sales adalah satu bentuk kecuaian, kata firma yang mewakili plaintif dalam kenyataan.

Nahas membabitkan Lexus ES300 sedan milik keluarga berkenaan berlaku pada September 2016.

Anak perempuan dan anak lelaki Benjamin dan Kristi Reavis yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun ketika itu berada dalam kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat duduk belakang.

Juri mendapati kerusi depan kereta itu ‘membahayakan dan defendan gagal memberi amaran mengenai perkara itu, menurut kenyataan.

“Pembuat kereta membuat keputusan secara sedar untuk melindungi penumpang kerusi depan daripada kecederaan kemalangan dengan mengorbankan penumpang kerusi belakang,” kata peguam Frank Branson dalam kenyataan.

Sementara itu, Toyota dalam kenyataan berkata: “Walaupun kami menghormati keputusan juri, kami tetapi yakin kecederaan dialami adalah faktor kepada kemalangan teruk, bukan kecacatan dalam reka bentuk atau pengeluaran Lexus ES300 pada 2002.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here