TPM: K’jaan tetap adil pada semua bangsa, agama

0
153
Advertisement



Kerajaan memberi jaminan semua bangsa dan agama di Malaysia tetap diberikan keadilan walaupun Islam menjadi tunjang utama dan agama Persekutuan di negara ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata keadilan dan keutamaan itu juga tetap diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan agar mereka tidak berasa disisihkan dalam negara yang semakin maju kini.

“Walaupun Malaysia sebuah negara majmuk dan kita jangkakan pada 2050 bilangan umat Islam akan terus bertambah kepada 80 peratus, kerajaan yang ada tetap adil kepada semua.

“Islam ini indah dan antara ciri-ciri dalam negara Islam adalah pemerintah yang adil kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Rafeh, Taman Uda di Alor Setar, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid berkata mereka yang mendakwa negara ini sebuah negara sekular perlu melihat dahulu Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis itu. Pada majlis itu juga 100 orang terdiri daripada asnaf dan anak-anak yatim turut menerima sumbangan.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Ahmad Zahid juga dijadual menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra, di Kuala Kedah.

– Bernama

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here