TPM sahkan seorang lagi militan warga Malaysia terbunuh di Marawi

0
33



SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan kewujudan militan warga Malaysia ketiga yang terkorban dalam pertempuran di Marawi.

“Identiti warga ketiga ini akan kami dapatkan daripada kerajaan Filipina,” kata Ahmad Zahid.

Apabila ditanya tentang identiti dua lagi militan warga Malaysia yang lain, beliau berkata mereka sudah dikenal pasti tetapi masih di bawah siasatan.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negri Sembilan di Masjid Hussain, Seremban petang tadi.

Pada Ahad, Ahmad Zahid memaklumkan, dua warga militan Malaysia yang terbunuh di Marawi telah dikenal pasti.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya sedang meneliti pengenalan diri kedua-dua lelaki itu sebelum polis mengeluarkan kenyataan terperinci.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here