TPM Singapura hadir majlis perkahwinan Tunku Aminah hari ini

0
18

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean akan menjadi wakil khas Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke majlis perkahwinan puteri diraja Johor hari ini.

Kementerian Luar Singapura (MFA) berkata Teo akan ditemani isterinya ke majlis perkahwinan antara Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan Dennis Muhammad Abdullah.

“Kunjungan Teo menggambarkan hubungan mesra dan erat antara Singapura dan Johor,” kata MFA.

Tunku Tun Aminah merupakan anakanda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

BACA: Tunku Tun Aminah sempurnakan majlis khatam al-Quran

BACA: ‘Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri’ – Tunku Aminah

BACA: Pekerja istana terharu terima jemputan kahwin Tunku Aminah

Istiadat pertunangan antara kedua-dua pasangan itu akan diadakan di sebelah pagi di Istana Bukit Serene diikuti dengan istiadat nikah.

Pada sebelah malam pula akan diadakan istiadat persandingan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here