TPPA: Malaysia akan ikut konsensus

0
23

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengikut sebarang keputusan yang dicapai secara konsensus antara negara ahli dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).

“Bagi kita, kalau 11 negara ada keazaman untuk meneruskan tanpa Amerika, kita akan ikut sama.

“Kalau tidak, tiada maknanya bagi Malaysia akan menyertai perjanjian ini,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini. 

Ini kerana, menurut Ong, terdapat beberapa klausa yang Malaysia ingin keluarkan dari TPPA sekiranya AS tidak menyertainya dan tindakan ini memerlukan persetujuan dari baki 11 negara yang masih berunding.

BACA: Trump ikrar tarik AS keluar dari TPPA pada hari pertama bertugas

BACA: Malaysia tidak terkejut pengumuman Trump keluar TPPA – Tok Pa

Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam menilai penyertaan Malaysia dalam TPPA tanpa AS, pertimbangan penting ialah kemungkinan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi sekiranya 10 negara lain memutuskan untuk meneruskan perjanjian tersebut.

Pada Januari tahun ini, AS mengeluarkan notifikasi penarikan diri dari TPPA, mengotakan janji pilihan rayanya pada 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here