Tragedi Rusia: Mayat mangsa mula dijumpai

0
97
Advertisement
MOSCOW: Dua mayat mangsa nahas pesawat Saratov Airlines An-148 ditemui di lokasi nahas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.

Pesawat penerbangan yang membawa 65 penumpang dan enam anak kapal itu baru beberapa minit berlepas dari Moscow ke Orsk, bandar kedua terbesar di Orenburg, wilayah bersempadan dengan Kazakhstan sebelum ia terhempas.

Tiada mangsa dilaporkan terselamat.

BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut

Dalam pada itu, Presiden Valdimir Putin dalam reaksi segeranya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dan mengarahkan siasatan khas mencari punca nahas.

Mengulas lanjut, Menteri Pengangkutan Rusia Maxim Sokolov memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mencari punca nahas pesawat Antonov An-148 itu.

Pasukan penyelamat mencari mayat mangsa dan mengumpulkan serpihan-serpihan bangkai pesawat An-148. - REUTERS
Bercakap pada taklimat di Lapangan Terbang Domodedovo Moscow, Sokolov berkata tugas yang paling mendesak ketika ini adalah untuk memberi bantuan kepada waris mangsa.

“Tugas utama pasukan khas adalah logistik.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa jawatankuasa siasatan bersama dengan Jawatankuasa Penerbangan Udara Transnasional sedang menjalankan siasatan dan belum ada sebarang kesimpulan boleh dibuat,” ujarnya.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan akan tetap menjalankan pemeriksaan tambahan dan melaporkan hasil siasatan kepada kerajaan. - REUTERS
Sokolov juga berkata, pihaknya sedang mengumpulkan serpihan di lokasi nahas dan sedang mencari kotak hitam bagi menetukan punca nahas.

“Sekarang, tugas kami adalah untuk menganjurkan bantuan kepada waris yang terkorban dan pada masa sama saya ingin ucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,” tambahnya lagi.

Pasukan penyelamat meneruskan usaha mengumpul serpihan bangkai pesawat dan mencari kotak hitam bagi mencari punca nahas pesawat terhempas. - REUTERS
Dalam taklimat sama, Ketua Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, Alexandr Neradko menjelaskan pesawat bekenaan tidak mempunyai masalah keselamatan.

Bagaimanapun, agensi itu akan tetap menjalankan pemeriksaan tambahan dan melaporkan hasil siasatan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Sergei Kraevoi memberitahu, para doktor dan pakar psikologi akan ditempatkan bersama ahli keluarga bagi memberi sokongan dari segi emosi.

“Kami akan menghantar pasukan kecemasan dengan lebih ramai pakar yang akan ditempatkan bersama keluarga.

“Kami juga sedang mengenal pasti identiti mangsa melalui ujian DNA dengan keluarga-keluarga mangsa,” ujarnya.

Timbalan Menteri Kesihatan Rusia berikar untuk menempatkan para doktor dan pakar psikologi bersama ahli keluarga bagi memberi sokongan dari segi emosi. - AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here