Trailer filem Paskal tarik perhatian PM Najib

0
57
Advertisement

TRAILER filem Paskal, yang mengisahkan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang memuat naik video trailer berdurasi 49 saat melalui laman Twitter hari ini menyifatkannya sebagai hebat.

“Pendekar melangkah tangan menggegar”. Hebat PASKAL @tldm_rasmi ! #NegarakuMalaysia #HebatkanNegaraku #PerkasaPerwira #SentiasaYangTerbaik #SediaBerkorban,” katanya.
Diarahkan oleh Adrian Tan, filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi pelakon Hairul Azreen, Datuk Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan turut menjalani latihan pendek bersama TLDM di Lumut bagi menjiwai watak dengan lebih berkesan.

Diangkat daripada kisah benar, Paskal mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola pada 1998 selain misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here