Transformasi gaya tiga penyampai berita Astro AWANI di Style District

0
69
Advertisement
TRANSFORMASI penampilan tiga penyampai berita Astro AWANI akan didedahkan di program gaya hidup, Style District Ahad ini jam 11:15 pagi.

Selama enam minggu, Style District mengikuti perkembangan projek khas yang diterajui oleh lima pereka fesyen muda yang menggelarkan diri mereka The Frow.

The Frow akan membawakan enam ceraian baru buat Marlina Manaf, Nisa Kasnoon dan Malissa Sahari.

Penonton diperagakan dengan dua gaya baharu untuk setiap penyampai iaitu gaya ketika berada di dalam studio dan gaya ketika membuat liputan bagi program masing-masing.

The Frow terdiri daripada Aisyah Almashoor, Hazzerwan Hazlee, Nadd Hassan, Mariam Musa dan Ain Salleh.

Kelima-lima mereka bertanggungjawab menghasilkan gaya baharu yang sesuai dan relevan dengan tugas seorang penyampai berita.

Ikuti apa pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Suhaimi Sulaiman dan Pakar Perunding Fesyen Faizal Hamid dengan penampilan baru  yang dibawakan di Finale The Frow.

Style District merupakan program gaya hidup yang memfokuskan mengenai industri  rekaan, hiasan dalaman dan fesyen dalam dan luar negara- setiap Ahad 11:15 pagi dan ulangannya 3 petang.

The Frow terdiri daripada Aisyah Almashoor, Hazzerwan Hazlee, Nadd Hassan, Mariam Musa dan Ain Salleh.
The Frow bersama Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI Suhaimi Sulaiman

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here