Transformers, Fifty Shades Darker ungguli pencalonan anugerah filem terburuk 2018

0
14
Advertisement

SEPERTI biasa kemuncak Anugerah Akademi atau Oscar tidak akan terasa lengkap tanpa adanya Anugerah Golden Raspberry atau Anugerah Razzie.

Edisi ke-38 anugerah yang diwujudkan sejak 1980 ini diadakan bagi ‘meraikan’ pencapaian terburuk dalam industri perfileman sepanjang tahun lalu.

Mendahului senarai adalah Transformers: The Last Knight yang menerima sembilan pencalonan termasuk Filem Terburuk dan Pengarah Terburuk (Michael Bay).

Sekiranya dinamakan sebagai filem terburuk, ia bakal mengulangi nasib Transformers: Revenge of the Fallen yang dinamakan pemenang kategori itu pada 2009.

Saingan utama Transformers: The Last Knight adalah Fifty Shades Darker sekuel kepada Fifty Shades of Grey yang dinamakan Filem terburuk 2016 bersama Fantastic Four.

Mark Wahlberg meskipun tidak dicalonkan bagi kategori Pelakon terburuk menrusi filem itu, namanya tetap dicalonkan bagi kategori sama menerusi filem Daddy’s Home 2.

Pemenang Anugerah Razzie akan diumumkan pada 3 Mac depan sehari sebelum acara kemuncak Anugerah Oscar.

Filem Terburuk
Baywatch
The Emoji Movie
Fifty Shades Darker
The Mummy
Transformers XVII: The Last Knight

Pelakon Wanita Terburuk
Katherine Heigl (Unforgettable)
Dakota Johnson (Fifty Shades Darker)
Jennifer Lawrence (Mother!)
Tyler Perry (BOO! 2: A Madea Halloween)
Emma Watson (The Circle)

Pelakon Lelaki Terburuk
Tom Cruise (The Mummy)
Johnny Depp (Pirates of the Caribbean XIII: Dead Men Tell No Tales)
Jamie Dornan (Fifty Shades Darker)
Zac Efron (Baywatch)
Mark Wahlberg (Daddy’s Home 2 and Transformers XVII: The Last Knight)

Pelakon Pembantu Lelaki Terburuk
Javier Bardem (Mother! and Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales)
Russell Crowe (The Mummy)
Josh Duhamel (Transformers XVII: The Last Knight)
Mel Gibson (Daddy’s Home 2)
Anthony Hopkins (Collide and Transformers XVII: The Last Knight)

Pelakon Pembantu Wanita Terburuk
Kim Basinger (Fifty Shades Darker)
Sofia Boutella (The Mummy)
Laura Haddock (Transformers XVII: Last Knight)
Goldie Hawn (Snatched)
Susan Sarandon (A Bad Moms Christmas)

Kombinasi Skrin Terburuk
Fifty Shades Darker
Transformers XVII: Last Knight
The Emoji Movie
Pirates of the Caribbean XIII: Dead Careers Tell No Tales
BOO! 2: A Madea Halloween

Pembikinan Semula, Sekuel Terburuk
Baywatch
BOO! 2: A Madea Halloween
Fifty Shades Darker
The Mummy
Transformers XVII: Last Knight

Pengarah Terburuk
Darren Aronofsky (Mother!)
Michael Bay (Transformers XVII: The Last Knight)
James Foley (Fifty Shades Darker)
Alex Kurtzman (The Mummy)
Anthony (Tony) Leonidis (The Emoji Movie)

Lakon Layar Terburuk
Baywatch
The Emoji Movie
Fifty Shades Darker
The Mummy
Transformers XVII: The Last Knight

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here