Trauma sampai gugur

0
45



Kuala Lumpur: Wanita yang menjadi mangsa samun pemandu Uber akan mengambil tindakan terhadap syarikat perkhidmatan pengangkutan berkonsepkan teksi itu.

Mangsa kejadian, Wong Mei Yan, 26, berkata, kejadian itu menyebabkan dia tertekan dan mengalami gangguan emosi sehingga mengalami keguguran.

“Saya mengalami keguguran seminggu selepas kejadian itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber akibat tekanan emosi serta kerugian ditanggung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 9.26 malam Ahad lalu, mangsa yang juga jurujual berusia 26 tahun menempah perkhidmatan itu untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar.

Kereta yang sama turut membawa seorang lelaki yang duduk di kerusi penumpang hadapan, namun mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kenderaan itu tiba berhampiran pusat perniagaan One Puchong.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here