Tren MRT Singapura berlanggar, 23 cedera

0
17

SINGAPURA: Sebuah tren SMRT bertembung dengan sebuah kereta api yang tidak bergerak di stesen MRT Joo Koon pagi ini, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menurut SCDF, ia dimaklumkan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.33 pagi.

“Sumber SCDF kini berada di tempat kejadian bagi merawat mereka yang cedera,” menurut pasukan itu dalam catatan terkini mengenai insiden itu di laman Facebook.

SCDF berkata 23 penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.

MRT Joo Koon berada di Laluan Timur-Barat.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here