Trend mangsa perang Syria didera, dicerai setahun selepas kahwin di Jordan

0
28

DIIJAB KABUL pada usia 15 tahun … namun kebahagiaan tidak berpanjangan selepas pertalian putus setahun selepas melayari bahtera perkahwinan.

Fenomena baharu di kalangan kanak-kanak Syria yang kini menetap di Jordan.

Realitinya, peperangan yang berlarutan selama enam tahun di tanah Syria mencetuskan kesan sosial yang cukup berbeza dimensinya terhadap kesemua pelarian.

Untuk rekod, berkahwin pada usia muda merupakan budaya rakyat Syria.

Bagi keluarga kebanyakan keluarga remaja wanita Syria, menjodohkan anak-anak mereka dengan lelaki Jordan dianggap dapat mengubah masa depan mereka sekali gus meloloskan diri dari kepompong kemiskinan.

Harapan hanya tinggal harapan apabila sejumlah besar kanak-kanak Syria yang berkahwin kini menjadi mangsa penderaan.

Keluarga si suami pula melayan menantu secara kasar, memerah tenaga mereka umpama pembantu rumah.

Walaupun menyedari anak mereka didera, keluarga si isteri tetap mempertahankan perkahwinan itu kerana perceraian menjejaskan maruah keluarga.

Undang-undang tempatan Jordan menetapkan, usia perkahwinan sekurang-kurangnya pada usia 18 tahun.

Bagaimanpun hakim di Jordan ada pengeculian dan membenarkan perkahwinan pada usia 15 hingga 17 tahun bagi kes tertentu.

Tahun 2015, sebanyak 11.6 peratus wanita Jordan berkahwin di usia 15 dan 17 tahun berbanding 9. 6 peratus pada tahun 2010.

Jordan memiiliki penduduk 9. 5 juta termasuk 2.9 juta warga asing.

Sejumlah 1.2 juta warga asing dari Syria dan sejak proses petempatan sementara dibuka, ia mungkin meningkat sekali ganda sejak konflik Syria pada tahun 2011.

Menyedari isu ini, majlis penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (P{BB) menyediakan pendidikan khas dinamakan makani, khusus kepada kanak-kanak ini.

Isu perkahwinan kanak-kanak Syria sukar dibendung dan bakal menjadi konflik masyarakat di Jordan. – Susunan Azizul Azwa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here