Trio muda Perancis sedia gegar Australia

0
508
Advertisement



DENGAN kelibat beberapa penyerang terkemuka yang dimiliki, pengendali Perancis, Didier Deschamps pasti pening kepala untuk memilih barisan pemain bagi menghadapi aksi pembukaan Piala Dunia bertemu Australia dengan penyerang veteran, Olivier Giroud mungkin memanaskan bangku simpanan.

Penyerang Chelsea berusia 31 tahun itu yang meledak 31 gol dalam 74 penampilan bersama Les Bleus cedera di dahi pada aksi pemanas badan terakhir bertemu Amerika Syarikat namun sudah menjalani latihan dengan balutan di kepalanya.

Bagaimanapun, Deschamps dijangka akan mengetepikan Giroud pada aksi pertama mereka di Kazan apabila meletakkan penyerang itu dalam pasukan simpanan pada sesi latihan, semalam.

Kylian Mbappe, 19, dan Ousmane Dembele, 21, yang memperaga aksi menakjubkan sepanjang persediaan ke Piala Dunia mungkin akan membarisi kesebelasan utama bersama Antoine Griezmann untuk membentuk trio berbisa.

“Kami menghargai satu sama lain. Kami tidak mementingkan ego kami,” kata Mbappe.

“Tidak banyak pasukan yang memiliki barisan serangan lebih baik berbanding kami.”

Sekiranya Corentin Tolisso, 23, membarisi jentera tengah dan Blaise Matuidi, 31, diletakkan di bangku simpanan, ia akan menjadi barisan termuda Perancis untuk beraksi di Piala Dunia sejak 1930.

Namun situasi itu tidak membimbangkan Mbappe.

“Ia boleh menjadi kelebihan buat kami. Ia memberi ketenangan dan kami boleh menikmati perlawanan meskipun tekanan sentiasa ada dalam pasukan ini.”

Di benteng pertahanan, Lucas Hernandez dan Benjamin Pavard yang kedua-duanya berusia 22 tahun dijangka akan diturunkan di posisi pertahanan kanan dan kiri selepas aksi meyakinkan dalam beberapa aksi persahabatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here