Tropicana akan jual tanah bernilai RM143 juta

0
137
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tropicana Metropark Sdn Bhd, anak syarikat Tropicana Corporation Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Next Delta Sdn Bhd untuk penjualan tanah pegangan bebas seluas 3.7 hektar di Pekan Country Height, Petaling, Selangor untuk RM143 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Tropicana berkata, tanah berkenaan bebas daripada semua bebanan dengan pemilikan kosong, tertakluk kepada terma dan syarat dalam kelulusan pembangunan dan SPA.

Ia berkata, deposit sebanyak 10 peratus daripada harga belian akan dibayar selepas pelaksanaan SPA, manakala baki akan dibayar dalam masa tiga bulan dari tarikh pembeli memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa negeri. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here