Trump jadi bahan kutukan pemimpin dunia di WEF

0
16
Advertisement

KETIKA Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018 sedang berlansung di Davos, Switzerland, pemimpin dunia mengambil kesempatan menggunakan pentas global tersebut untuk membidas polisi ekonomi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Tanpa menyebut secara spesifik, mereka mendakwa polisi yang diperkenalkan Trump hanya mementingkan negaranya sendiri dan langkah itu tidak sesuai dalam era globalisasi ini.

Antara yang lantang membidas dasar perlindungan Trump itu ialah Canselor Jerman Angela Merkel yang jelas tidak bersetuju dengan dasar berkenaan.

Beliau percaya, pendekatan pelbagai hala perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah semasa dan akan datang.

Sementara itu, Perdana Menteri India Narendra Modi pula mendedahkan kebimbangannya terhadap polisi ekonomi Trump yang berkonsepkan ‘perlindungan perdagangan’ yang boleh memberi kesan negatif terhadap proses globalisasi.

Pandangan Modi itu turut dipersetujui Presiden Brazil, Michel Temer.

“Apabila kita mengasingkan diri kita, kita mengasingkan diri dari teknologi baharu, idea baharu, kemungkinan baharu termasuk penyelesaian efektif terhadap masalah yang dikongsi bersama,” jelasnya.

Namun demikian, Presiden Perancis Emmanuel Macron mencadangkan pendekatan yang lebih diplomatik digunakan pemimpin dunia untuk mencari penyelesaian terhadap masalah ini.

Macron yang merupakan individu yang berjaya meyakinkan Trump untuk hadir ke WEF itu, meminta pemimpin dunia lain untuk berusaha ke arah membina idea baharu yang berlandaskan kerjasama dan pelbagai hala.

Trump sebelum ini, mendakwa perdagangan pelbagai hala memberi ruang kepada negara lain untuk mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here