Trump jemput Duterte ke AS

0
67


Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menjemput Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (gambar kecil) mengunjungi negara itu dalam satu panggilan telefon.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menjemput Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengunjungi negara itu dalam satu panggilan telefon, sambil membincangkan ancaman dari Korea Utara.

“Ia adalah perbualan mesra antara kedua pemimpin bagi membincangkan mengenai kebimbangan terhadap keselamatan wilayah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), termasuk ancaman dari Korea Utara,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan kenyataan Filipina yang berusaha keras membersihkan negara itu daripada ancaman dadah, yang memberi kesan kepada pelbagai negara di seluruh dunia. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here