Trump kutuk pembunuhan dua lelaki

0
58


PRESIDEN Donald Trump- Foto EPA

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengutuk kes pembunuhan dua lelaki yang cuba membantu dua wanita Islam yang dicaci dalam tren aliran ringan di Portland, Oregon.

“Serangan ganas di Portland Jumaat lalu tidak boleh diterima. Mangsa menentang kebencian dan sikap tiada toleransi. Doa kami bersama mereka,” katanya menerusi Twitter.

Taliesin Myrddin Namkai Meche, 23, dan Ricky John Best, 53, maut ditikam ketika cuba menghalang Jeremy Joseph Christian daripada mengganggu dua wanita berkenaan, seorang daripada mereka memakai hijab, kata pihak berkuasa.

Seorang lagi lelaki yang turut cuba menghalang cedera serius.

Christian didakwa dengan tuduhan membunuh, mengugut, yang sama seperti jenayah benci, dan memiliki senjata.

Dia dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Datuk Bandar Portland, Ted Wheeler, semalam berkata, beliau berharap tindakan mangsa menjadi inspirasi perubahan dalam dialog politik di negara itu.

Beliau meminta kerajaan persekutuan dan penganjur membatalkan ‘Perhimpunan Kebebasan Berucap Trump’ dan acara serupa yang dijadualkan diadakan di bandar raya itu minggu depan, berkata komuniti masih bersedih dan marah dan perhimpunan itu tidak sesuai dan mungkin membahayakan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here