Trump mahukan perarakan tentera seperti di Perancis

0
100
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan Pentagon dan pejabat White House untuk memulakan perancangan perarakan tentera di Washington seperti yang diadakan di Perancis.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perarakan Hari Bastille di Paris pada Julai lepas, menurut laporan Washington Post pada Selasa lepas.

Trump mengatakan bahawa dia kagum dengan perarakan tentera yang disaksikan di Paris pada 14 Julai tahun lepas. Tentera AS dan Perancis berarak bersama sempena 100 tahun penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama selain merayakan perayaan tahunan Perancis, Hari Bastille.

Kereta kebal, kenderaan berperisai serta perarakan jet pejuang AS dan Perancis juga antara pengisian dalam perarakan itu.

“Seperti apa yang telah saya saksikan di Paris, kita akan mengadakan perarakan tentera pada 4 Julai di Pennsylvania Avenue dan kita menjangkakan seperti perarakan di Perancis,” kata Trump pada September lepas.

Dalam satu mesyuarat di Pentagon pada 18 Januari yang disertai Setiausaha Pertahanan Jim Mattis dan Ketua Pengerusi Bersama Ketua Jeneral Joseph Dunford, Trump berkata, beliau mahu perarakan tentera disambut secara besar-besaran.

“Saya inginkan sususan perbarisan seperti perarakan yang diadakan di Perancis,” kata pegawai tentera itu, menurut laporan Washington Post.

Seorang pegawai White House yang enggan dinamakan berkata, rancangan perarakan itu masih berada di tahap perbincangan dan penilaian serta belum ada sebarang keputusan dibuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here