Trump pertahan anak, bidas media

0
54


DONALD J. TrumP.- Foto EPA

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam menulis di Twitter mempertahankan anak lelaki sulungnya, mengatakan beliau ‘tidak bersalah’ di tengah kecaman berkaitan e-mel yang melanjutkan spekulasi berhubung peranan Moscow dalam pilihan raya presiden 2016.

Donald Trump Jr mendedahkan e-mel kelmarin menunjukkan beliau mengalu-alukan usaha Russia menyokong kempen presiden bapanya, mengakui ‘tidak sabar’ mendapatkan maklumat buruk daripada Moscow berkaitan Hillary Clinton.

“Anak lelaki saya Donald melakukan tugas yang baik malam tadi. Beliau bersikap terbuka, telus dan tidak bersalah. Ini adalah pemburuan terbaik ‘ahli sihir’ dalam sejarah politik. Kecewa!” kata Trump di Twitter, merujuk temuramah anak lelakinya lewat kelmarin dalam Fox News.

Menurut e-mel berkenaan, Trump Jr dimaklumkan seorang pengantara, beliau mungkin boleh ‘mendapatkan maklumat peringkat tinggi dan sensitif’ yang ‘menjadi sebahagian sokongan oleh Russia dan kerajaannya terhadap Trump’.

Trump Jr dalam rancangan bual bicara itu berkata, pertemuannya dengan seorang wanita dikenal pasti dalam e-mel sebagai ‘peguam kerajaan Russia’ berakhir tanpa ada apa-apa untuk dimaklumkan, menambah, beliau tidak memberitahu bapanya mengenai perbualan itu kerana gagal mendapatkan sebarang maklumat buruk mengenai Clinton.

Presiden AS itu turut membidas media semalam.

“Ingat, apabila anda mendengar perkataan ‘kata sumber’ daripada media palsu, sering kali sumber itu sengaja diada-adakan dan tidak wujud,” tulisnya di Twitter. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here