Trump rai 100 hari pentadbiran

0
60


TRUMP meraikan 100 hari pentadbirannya di Rumah Putih bersama penyokongnya yang mengadakan perhimpunan gaya kempen di jalanan. – Foto EPA

HARRISBURG, Pennsylvania: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini, meraikan 100 hari pentadbirannya di Rumah Putih bersama penyokongnya yang mengadakan perhimpunan gaya kempen di jalanan.

Dalam perhimpunan itu, Trump melaungkan pencapaian awalnya sepanjang berada di Rumah Putih sambil mencela pengkritik yang memberikan penilaian teruk terhadap pentadbirannya.

Trump turut memberitahu penduduk Pennsylvania bahawa beliau sudah mula menunaikan janji kempennya.

Malah, beliau berkali-kali menyerang media dengan mengatakan mereka ‘tidak cekap, tidak jujur’ kerana tidak bercakap benar berhubung pencapaian pentadbiran beliau.

“Pentadbiran saya sudah menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat negara ini, setiap hari. Kami menunaikan janji satu demi satu dan ternyata rakyat benar-benar gembira dengannya,” kata Trump.

Perhimpunan itu diadakan ketika ribuan orang berarak ke di Rumah Putih bagi membantah dasar Trump mengenai perubahan iklim dan secara kebetulan ia berlangsung pada majlis makan malam tahunan ‘black-tie’ anjuran Rumah Putih untuk media.

Susulan itu, Trump dan kakitangannya memilih untuk membatalkan majlis makan malam media kerana menganggap tidak mendapat layanan yang adil daripada mereka.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa teruja kerana berada jauh daripada ‘paya Washington’ (media).

“Sekumpulan besar pelakon Hollywood dan media Washington ketika ini sedang saling memujuk antara satu sama lain di dewan utama di sebuah hotel di ibu negara kita sekarang,” kata Trump sambil mendapat sorakan ‘boo’ dari orang ramai.

Katanya, jika media bersikap jujur dan bercakap benar, media selayaknya mendapat penghargaan yang besar. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here