Trump seorang presiden di luar kawalan dan jangkaan – Michael Wolff

0
39
Advertisement

New York: Penulis buku kontroversi ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ Michael Wolff menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai seorang presiden yang bersikap luar kawalan dan jangkaan.

Wolff yang memberikan komennya menerusi saluran Sky News di New York berkata dia langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Trump yang menghina negara Haiti dan beberapa negara Afrika lain.

“Semua ungkapan sebegini adalah satu kebiasaan baginya dan ia tidak boleh dikawal,” kata Wolff.

Tambahnya lagi, kenyataan itu cukup untuk menggambarkan sisi sebenar Trump yang terkenal dengan sikap berat sebelah dan prejudis.

Wolff turut membalas komen White House yang menyelar karyanya sebagai satu fantasi.

Katanya hanya satu yang betul mengenai komen mereka terhadap bukunya itu iaitu kesilapan tipografi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here