Trump sifatkan media AS 'bodoh macam batu'

0
10


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. – Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mempertahankan tindakan agresifnya menggunakan Twitter semalam, selepas beberapa jam menyuarakan ketidakpuasan hatinya dalam pergeseran terbaru dengan media Amerika Syarikat (AS).

Susulan komen pedasnya di Twitter kepada CNN, NBC dan pengendali program awal pagi yang disifatkan ‘bodoh macam batu,’ presiden itu mempertahankan diri dengan mengungkit pencapaian cemerlang pilihan raya sebagai alasan ‘menghalalkan’ segala macam retorik permusuhan yang dilemparkan selama ini.

“Berita palsu dan pembohongan sedang bekerja keras untuk meyakinkan Republikan dan anggota lain bahawa saya tidak boleh menggunakan media sosial, tetapi ingat, saya memenangi Pilihan Raya 2016 dengan temubual, ucapan dan media sosial.

“Saya terpaksa mengalahkan #FakeNews, dan berjaya melakukannya. Kami akan terus MENANG!” kata Trump di Twitter sebelum menamatkan ucapannya di perhimpunan di sini, yang turut membelasah media.

Beberapa hari lalu, pemimpin AS itu berterusan menyerang organisasi berita utama dan menggelar mereka sebagai ‘berita palsu,’, selain melancarkan serangan peribadi ke atas Mika Brzezinski dan Joe Scarborough, yang mengendalikan program ‘Morning Joe’ di rangkaian kabel MSNBC.

Komen berkenaan turut mencetuskan tindak balas kurang enak serta kutukan dalam kalangan parti Republikan Trump sendiri.

Timbalan jurucakap Trump, Sarah Huckabee Sanders, berkata serangan Trump terhadap Brzezinski, Scarborough dan media lain adalah sebahagian daripada naluri semula jadinya untuk ‘melawan api dengan api.’

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here