Trump tidak sangka tugas presiden sukar

0
65


TRUMP melaksanakan tugas umum buat kali pertama apabila menjejak kaki di Rumah Putih pada 20 Januari lalu. – Foto Reuters

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengaku rindu untuk memandu dan terkejut mendapati jawatan presiden tidak semudah disangkanya.

Beliau berkata demikian kelmarin, pada 100 hari pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya sukakan kehidupan saya sebelum ini. Banyak perkara berlaku.

“Terlalu banyak kerja sekarang berbanding dahulu. Saya sangkakan ia lebih senang,” katanya dalam temubual dengan Reuters.

Ahli perniagaan kaya raya dari New York, Trump melaksanakan tugas umum buat kali pertama apabila menjejak kaki di Rumah Putih pada 20 Januari lalu selepas menewaskan Senator Hillary Clinton pada pilihan raya presiden November lalu.

Trump, yang berkata beliau sudah biasa tidak mempunyai privasi dalam kehidupan lamanya, meluahkan rasa terkejut dengan sedikit masa persendirian yang dimilikinya sekarang.

Beliau juga menegaskan masih menyesuaikan diri mendapat perlindungan unit Perkhidmatan Rahsia semalam 24 jam dan kekangan yang dihadapi.

Trump berkata, beliau rindu untuk memandu sendiri kereta kerana kini tidak boleh berbuat demikian.

“Saya suka memandu. Saya tidak boleh memandu lagi sekarang,” katanya. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here