Tuduh saya meroyan itu kasar dan tidak patut – Bella Astillah

0
50

ISTERI Aliff Aziz, Bella Astillah, 23, meminta pihak tertentu agar tidak melabelkan dirinya dengan perkataan meroyan.

Ujarnya, terma itu disifatkan keterlaluan dan dia tidak pernah bersifat sedemikian ketika didakwa ‘menyerang’ suaminya yang sedang bersama seorang wanita di sebuah pusat karaoke baru-baru ini.

“Saya ke tempat itu dengan tujuan untuk berbincang dengan suami saya.

“Namun, wanita itu enggan beredar dan berlaku sedikit pergelutan dengan suami saya. Bukanlah ditampar atau dibaling telefon seperti yang didakwa. Mungkin terkena siku, itu sebabnya dahi saya terluka dan berdarah.

“Kemudian saya pula dituduh meroyan! Bagi saya itu sangat kasar dan tidak patut.

“Keluarga saya tahu siapa dan bagaimana perangai saya. Dalam hal ini saya tidak meroyan!” katanya pada sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor semalam.

BACA: Isu meroyan: “Maafkan atas keterlanjuran” – Anzalna Nasir

Kontroversi penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, tercetus apabila dia ditahan pihak polis pada petang hari Jumaat lalu kerana didakwa telah mengasari isterinya, Bella Astilla, 23.

Pergaduhan itu terjadi apabila Bella mendapat tahu bahawa suaminya, Aliff, keluar bersama seorang wanita lain yang merupakan pelakon gandingannya, Afifah Nasir ke sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.

Selepas ditahan selama dua hari, Aliff dibebaskan setelah isterinya sendiri menarik balik laporan polis.

Pasangan itu kini sudah berdamai.

BACA: Stay strong Bella, umur muda tetapi matang! – Netizen puji sikap isteri Aliff Aziz

BACA: ‘Ya, saya salah…’ – Aliff Aziz


BACA: Bella masih sayangkan Aliff, tidak terfikir untuk bercerai

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here