Tukar beg udara, pengeluar kereta diberi tempoh setahun – Anthony Loke

0
489
Advertisement

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi tempoh setahun kepada semua pengeluar kereta untuk membantu pemilik kenderaan yang masih belum menukar beg udara jenama Takata yang bermasalah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, terdapat 358,233 kereta dari lapan pengeluar dikenal pasti yang masih belum membuat pertukaran beg udara membabitkan 49 model kereta.

“Jumlah ini lebih tinggi daripada jumlah yang dianggarkan selepas saya membuat pertemuan dengan semua syarikat pengeluar kereta awal hari ini.

“Kami juga akan membuat integrasi maklumat antara JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) bersama syarikat pengeluar kereta bagi memastikan semua kereta yang mempunyai masalah beg udara diganti untuk mengelak kemalangan maut pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.

Beliau pada masa sama menegaskan, tindakan notis dan saman yang bakal dikeluarkan kepada pemilik kenderaan adalah sebagai langkah drastik kerajaan untuk mengubah cara berfikir pengguna jalan raya di Malaysia.

“Kita nak orang sayang nyawa.┬áSaman dan tidak boleh perbaharui cukai jalan merupakan langkah terakhir memandangkan isu ini amat serius,” tegasnya.

Sejak 2014, sebanyak 799,963 kereta telah dikenal pasti dan dipanggil pengeluar akibat mengalami masalah fungsi beg udara Takata, dan hanya 55.2 peratus daripadanya sahaja yang telah diganti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here