Tumpuan PRU pada BN dan HARAPAN

0
52



Pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan persaingan sebenar antara Pakatan Harapan dan BN, dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

PAS pula, katanya, tidak memainkan peranan besar dalam mempengaruhi undi pemilih.

Mengumumkan dapatan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI), Rafizi berkata sokongan terhadap PAS tidak akan bertambah walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru.

“Undi PAS masih penting, tetapi terhad hanya di beberapa negeri,” katanya.

Menurut Rafizi, walaupun sokongan PAS masih penting di Terengganu dan Kelantan, suasana di Kedah pula berbeza.

Ini dengan mengambil kira kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan pemimpin kanannya di negeri itu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang juga timbalan presiden parti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here