Tun M bakal lancar projek kereta nasional lagi?

0
17
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.

Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.

“Kami berharap untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional dengan bantuan rakan-rakan dari negara-negara Asia seperti Thailand, Jepun, Korea dan China memandangkan wujud kemampuan untuk mengeluarkan kereta yang berkualiti yang boleh dipasarkan di seluruh dunia. Kami mahu memasuki pasaran dunia,” katanya.

Dr Mahathir juga menyatakan Proton yang diilhamkannya pada 1983 bukan lagi sebuah pengeluar kereta nasional memandangkan ia sudah dijual kepada Geely, sebuah syarikat automotif dari China.

Rakaman penuh ucaptama Dr Mahathir di Persidangan Nikkei 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here