Tun M serah jalur gemilang Sukan Asia 10 Ogos

0
328
Advertisement



PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Sukan Asia 2018, 10 Ogos nanti.

Perkembangan berkenaan disahkan ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dengan Sukan Asia 2018 dijadual bermula secara rasmi pada 18 Ogos .

“Penyerahan Jalur Gemilang akan dilakukan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada jam 8.30 pagi, 10 Ogos.

“Perdana Menteri dijangka menyempurnakan majlis itu,” katanya.

Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 35 daripada 40 jenis sukan di Sukan Asia yang berlangsung di Jakarta dan Palembang.

Malaysia dijadual menghantar seramai 423 atlet dan 207 pegawai namun sasaran masih belum diumumkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Julai 2018 @ 10:41 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here