Tunggang motosikal sampai masuk lapangan terbang

0
56
Advertisement

SEORANG lelaki berusia 25 tahun ditahan pihak polis di Singapura kerana memasuki Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dengan menunggang motosikalnya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Rabu sekitar jam 5.00 petang.

Lelaki ini ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental dan pihak polis melaporkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sebelum ini beberapa keping gambar menunjukkan sebuah motorsikal berwarna merah putih diletakkan di tangga menuju ke sebuah restoran makanan segera di sana.

Selepas itu sebuah video menampakkan seorang lelaki memakai t-shirt berwarna biru dikelilingi pihak polis juga tular.

Susulan kejadian tersebut, rata-rata netizen di Singapura mempersoalkan tahap keselamatan di lapangan terbang tersebut dan bagaimana lelaki ini boleh menunggang motorsikalnya hingga ke dalam pekarangan lapangan terbang.

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here