Tunggu orang kenamaan melamar? Ini jawapan Kilafairy

0
90
Advertisement

PELAKON dan penyanyi Kilafairy tidak tertekan berfikir soal mendirikan rumah tangga selepas teman baiknya, Izara Aishah akhirnya berkahwin tahun lalu.

Kata Kilafairy, 25 tahun, dia ingin memberikan fokus terlebih dahulu kepada perkembangan kerjaya lakonan dan nyanyiannya berbanding memikirkan soal jodoh.

“Ya, saya tahu Icha (Izara) pun sudah berkahwin dan ada juga beberapa rakan baik saya sudah berteman, bagi saya tiada tekanan pun.

“Malah, saya yang paksa mereka untuk cepat-cepat berkahwin dan gembira atas kehidupan baharu masing-masing.

“Untuk saya sendiri rasanya belum lagi buat dalam masa terdekat. Saya pun masih solo dan target saya tahun ini untuk memberikan fokus kepada kerjaya nyanyian saya,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single Put The Word In di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya adakah dia meletakkan tempoh untuk berkahwin atau menantikan individu kenamaan untuk melamarnya, ini jawapan Kilafairy sendiri.

“Oh tidak! Saya boleh buat sendiri, saya boleh cari duit sendiri.

“Saya tidak akan sesekali bergantung kepada wang atau harta lelaki. Itu pesan ibu saya sepanjang membesar.

“Kata Mama, beli rumah sendiri, kumpul duit sendiri dahulu dan jangan bergantung pada orang lain.

“Buat masa sekarang saya tidak ada sebarang target untuk berkahwin pada usia berapa. Kalau ada jodoh adalah,” tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kilafairyofficial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here