Tuntutan negara Arab tidak realistik: Qatar

0
9


SHEIKH Mohammed bin Abdulrahman al-Thani. – Foto REUTERS

DOHA: Qatar berkata tuntutan negara Arab dalam krisis diplomatik Teluk agak mustahil untuk dipenuhi, sebelum rundingan di Mesir antara Arab Saudi dan sekutunya yang memutuskan hubungan dengan Doha.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani memberitahu sidang media di sini, senarai syarat untuk memulihkan hubungan ‘tidak realistik dan tidak boleh dilakukan.’

“Ia bukan mengenai keganasan, ia mengenai menutup kebebasan bersuara, ” katanya dalam sidang media bersama selepas rundingan dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Sigmar Gabriel.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir, yang menuduh Qatar menyokong keganasan, memberi Doha tambahan 48 jam bagi memenuhi tuntutan mereka selepas tarikh akhir awal 10 hari yang tamat Ahad lalu.

Tuntutan termasuk meminta Doha menamatkan sokongan terhadap Ikhwanul Muslimin, menutup saluran Al-Jazeera, menurunkan hubungan diplomatik dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki di negara itu.

Sheikh Mohammed menyerahkan maklum balas rasmi Isnin lalu kepada Kuwait, yang menjadi pengantara pertelingkahan berkenaan, namun kandungannya tidak didedahkan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut semalam, namun berkata, Doha sedang mencari penyelesaian terhadap krisis selama sebulan itu menerusi dialog.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here