Turki keluar waran tangkap terhadap lebih 500 individu

0
7

ISTANBUL: Turki mengeluarkan waran tangkap terhadap lebih 500 individu dalam satu operasi bersama dengan Amerika Syarikat yang turut mensasarkan ulama terkemuka negara itu, Fethullah Gulen.

Fethullah sebelum ini dituduh menjadi dalang cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan pemerintahan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Daripada jumlah itu, 333 adalah anggota tentera manakala 216 individu merupakan kakitangan awam yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu.

Polis di Istanbul kini menjalankan operasi untuk menangkap suspek.

Agensi berita tempatan memaklumkan tujuh daripada suspek adalah juruterbang.

Setakat ini, lebih daripada 50,000 orang telah dipenjara sementara menunggu perbicaraan berhubung kaitan dengan Fethullah.

Manakala 150,000 orang telah dipecat atau digantung pekerjaan sejak 15 Julai lalu.

Ankara berkata walaupun tindakannya itu mendapat kecaman badan hak asasi manusia, namun percaya cara tersebut dapat membanteras sebarang ancaman yang berkemungkinan digerakkan rangkaian Fethullah .

Pengaruh Fethullah dikatakan telah menyusup masuk ke institusi-institusi kerajaan seperti tentera, kehakiman dan sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here