Turki pecat 4,000 penjawat awam

0
69


ISTANBUL: Turki memecat lebih 3,900 penjawat awam, tentera dan polis tentera susulan rampasan kuasa yang gagal, hujung tahun lalu.

Antara yang dipecat adalah 1,127 kakitangan Kementerian Kehakiman, termasuk pengawal penjara dan kerani, 484 ahli akademik dan 201 kakitangan Kementerian Hal Ehwal Agama.

Akhbar rasmi Official Gazette melaporkan, langkah itu disifatkan sebagai pembersihan berskala besar.

Sehingga kini, kira-kira 120,000 kakitangan awam dan swasta digantung kerja, manakala lebih 40,000 ditahan susulan rampasan kuasa yang gagal itu. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here