Turki pecat lebih 7,000 kakitangan kerajaan

0
12


ISTANBUL: Turki memecat lebih 7,000 anggota polis, tentera dan lain-lain kakitangan kerajaan di bawah satu perintah baharu yang diterbitkan semalam dengan menggunakan kuasa undang-undang darurat susulan kegagalan cubaan rampasan kuasa, tahun lalu.

“Seramai 7,563 orang, termasuk polis dipecat dalam operasi pembersihan terbaharu itu.

“Pihak berkuasa Turki turut menarik balik pangkat 342 pesara tentera,” lapor agensi berita Anadolu.

Sebelum itu, akhbar harian Hurriyet melaporkan keseluruhannya 7,348 orang, termasuk 2,303 polis dipecat.

Perintah baharu itu dikeluarkan sehari sebelum Turki melepasi tempoh setahun cubaan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Turki berjanji untuk membersihkan ‘virus’ dalam institusi kerajaan dan menyalahkan cubaan rampasan kuasa gagal itu terhadap ulama di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen tetapi beliau menafikan dakwaan itu.

Sejak itu, kira-kira 50,000 orang sudah ditahan dan lebih 100,000 orang sama ada dipecat atau digantung kerja. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here