Turki tahan 1,000 penyokong Gulen

0
50


KERAJAAN Turki menahan lebih 1,000 suspek penyokong Fethullah Gulen. – Foto AP

ISTANBUL: Kerajaan Turki hari ini menahan lebih 1,000 suspek dalam tindakan besar-besaran baharu ke atas penyokong ulama berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, tindakan itu dilakukan seminggu selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan menang satu pungutan suara melanjutkan kuasanya.

Menterinya, Suleyman Soylu, dipetik agensi Anadolu sebagai berkata sejumlah 1,009 suspek ditahan setakat ini dalam serbuan di 72 wilayah di seluruh negara itu.

Gulen dipersalahkan kerajaan kerana mendalangi cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu tetapi beliau menafikan tuduhan itu. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here