Turki tahan 42 kakitangan universiti

0
11


ISTANBUL: Turki menahan 42 kakitangan dua universiti di Istanbul, termasuk seorang ahli akademik terkenal sebagai sebahagian siasatan kumpulan yang dipersalahkan di atas cubaan rampasan kuasa yang gagal tahun lalu, lapor media hari ini.

Pihak berkuasa mengeluarkan 72 waran tangkap bagi individu yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pimpinan tokoh pembangkang, Fethullah Gulen, yang kini berada di Amerika Syarikat, menurut laporan agensi berita Anadolu.

Seorang daripada yang ditahan ialah ahli akademik Koray Caliskan, kata ahli perundangan parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP), Ogus Kaan Salici, menerusi Twitter.

Ankara menuduh Gulen mengarahkan rampasan kuasa untuk menumbangkan pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan tetapi beliau menafikan dakwaan itu.

Kakitangan universiti Bogazici dan Medeniyet dituduh menggunakan aplikasi mesej ByLock, yang didakwa Ankara diwujudkan untuk penyokong Gulen.

Pihak berkuasa mengeluarkan waran penahanan bagi empat kakitangan Universiti Bogazici dan 64 staf Universiti Medeniyet, termasuk 19 profesor sekolah perubatannya, lapor agensi berita Dogan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here