Turun 29 kilogram, Enot nafi penyakit punca susut berat badan

0
19
PELAKON Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah tampil dengan imej terkini yang lebih kurus berbanding sebelum.

Dalam kemas kini terbaharu akaun Instagram Enot, pelakon itu memberitahu dia telah menurunkan berat badan sebanyak 29 kilogram.

Bagaimanapun, Enot meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang membuat spekulasi penurunan berat badannya secara mendadak itu kerana penyakit yang dideritainya sejak dua tahun lalu.

Oleh itu, Enot tampil menjelaskan keadaan dan punca sebenar dia kehilangan berat badan.

“Sekali lagi saya nak tekankan di sini saya sudah sihat daripada sakit dua tahun lepas.

“Alhamdulillah fasa itu sudah berakhir dan biarlah saya dan Allah sahaja yang tahu.

“Sekarang saya mahu bangkit balik demi anak-anak saya. Cuma mereka ada dalam hidup saya jadi sokonglah saya untuk menjadi ceria seperti dahulu.

“Jadi, tolong jangan pandai-pandai cakap saya kurus sebab sakit sebab yang hadap dan rasa adalah saya. Tolong jangan ungkit lagi,” tegas Enot.
 

Penjelasan Enot itu mendapat reaksi positif netizen yang mahu menjadikannya sebagai inspirasi untuk kurus.

“Dahulu ketika chubby nampak biasa-biasa saja. Sekarang, sudah kurus nampak lawa cantik semua ada,” tulis @ferrbulous.co.


Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @enot_78

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here