Uji kekuatan mental

0
65



Kuala Lumpur: Ketua pasukan skuad hoki wanita negara Siti Noor Amarina Ruhani berharap dia serta rakan sepasukan dapat segera menyesuaikan diri dengan sesi latihan fasa akhir yang dilihat begitu menguji mental sebelum menghadapi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium bermula 21 Jun depan yang juga kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di London.

Berikutan menjalani ibadah puasa ketika ini, ketua jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah melakukan perubahan jadual latihan skuad negara apabila anak buahnya perlu turun menjalani latihan seawal jam 3.30 pagi sebelum bersahur bersama-sama.

Kemudian sesi kedua latihan akan berlangsung seawal jam 8.30 malam dan rutin ini dijangka akan berlangsung selama dua minggu.

“Secara peribadi saya juga baru hendak menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Saya setuju dengan sesi latihan seperti ini kerana sememangnya banyak lagi perkara yang perlu kami perbaiki,” kata Amarina.

Jelasnya lagi, dengan saingan yang pasti amat sukar di Brussels, dia percaya permintaan Dhaarma untuk menjalani latihan seawal pagi dapat membantunya serta rakan sepasukan untuk terus konsisten memperbaiki prestasi diri masing-masing.

“Inilah baki masa yang ada untuk kami memperkemaskan segala kelemahan.

“Antara yang peru diperbaiki adalah tanggungjawab pemain di posisi masing-masing. Saya yakin kami dapat mengharungi tempoh dua minggu ini dengan baik,” ujarnya.

Dalam apa yang dianggap sebagai misi mustahil untuk layak ke Piala Dunia 2018, Malaysia yang layak kali pertama di peringkat itu, diletakkan bersama pasukan gergasi dunia Australia, New Zealand, Sepanyol serta Belgium selaku tuan rumah dalam Kumpulan B.

Sementara Kumpulan A menyaksikan Belanda, China, Korea Selatan, Itali dan Scotland.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here