Uji Rashid terduduk lepas baca berita

0
213
Advertisement

PENYANYI dan pelakon popular era1970an, Uji Rashid dikatakan kesal berikutan tersebarnya berita tidak tepat tentang dirinya yang dikatakan diusir dari kediamannya sekarang sehingga terpaksa memohon untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Berita yang tular sejak Rabu lalu itu telah membuatkan Uji menanggung malu untuk berhadapan dengan orang ramai akibat pandangan serong yang dilemparkan kepadanya.

Menurut pengurus Uji, Kit Rushuhaimin yang dipetik daripada sebuah portal berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengadu tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya selepas berita itu tersebar.

“Dia terduduk  selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Tambah Kit lagi, Uji juga kini berada dalam keadaan tertekan apabila dihubungi pelbagai pihak yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

BACA: ‘Uji Rashid tak kena halau!’ – Wakil keluarga tampil beri penjelasan sebenar

Difahamkan Uji memohon bantuan PPR bukan kerana diusir daripada kediamannya, tetapi sekadar alternatif untuk mengurangkan beban mereka sekeluarga yang kini menyewa di sebuah rumah di Ampang.

Apatah lagi semenjak setahun lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini turut menyara cucu dan anak lelakinya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico yang sakit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here