Ujian ICBM Pyongyang: PBB ada mesyuarat tergempar

0
15


NEW YORK: Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tertutup berhubung tindakan terbaru Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM), hari ini.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Nikki Haley menghubungi Presiden Majlis Keselamatan, Liu Jieyi yang juga Duta China, meminta diadakan mesyuarat tergempar.

Sebelum ini, China mendesak diadakan rundingan di antara Korea Utara dan kuasa dunia untuk menamatkan program nuklear berkenaan tetapi AS berkeras mahukan Pyongyang menghentikan ujian peluru berpandu dan nuklear.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia sendiri pelancaran ujian peluru Hwasong-14 yang mampu meledak ke Alaska, AS.

Akademi Sains Pertahanan Korea Utara berkata peluru itu boleh melepasi ketinggian 2,802 kilometer (KM) dan pada jarak 933 KM.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here