UK turunkan tahap ancaman susulan serangan di Manchester

0
56


MANCHESTER: Britain, semalam menurunkan tahap ancaman pengganas yang dinaikkan selepas serangan di Manchester minggu ini ketika polis menyiarkan rakaman kamera litar tertutup mengenai pengebom nekad, Salman Abedi, pada malam serangan dilancarkan.

Langkah menurunkan tahap ancaman daripada kritikal kepada teruk diumumkan Perdana Menteri, Theresa May, yang berkata sudah ada 11 suspek dalam tahanan berhubung pengeboman malam Isnin lalu yang menyasarkan peminat sebuah konsert pop.

Penyiasat memberikan butiran terperinci saat akhir Abedi ketika menyiarkan gambar kamera keselamatan menunjukkan pengebom nekad bercermin mata itu yang memakai kasut sukan, jeans, baju lengan panjang, topi hitam dan jaket hitam.

Abedi, 22, yang berketurunan Libya, dilahirkan di bandar raya itu.

Kenyataan polis menyebut antara tempat terakhir dikunjungi Abedi adalah rumah pangsa di pusat bandar dan dari situ menuju ke Manchester Arena, lokasi serangan dilancarkan.

“Rumah pangsa itu amat berkemungkinan relevan sebagai lokasi yang kami percayai tempat akhir pengumpulan semua peranti,” kata kenyataan.

Dua pegawai polis tidak bersenjata mengawal bahagian luar pintu masuk ke Granby House, dipercayai lokasi rumah berkenaan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here