Ukraine rampas aset dicuri rejim Yanukovych

0
53


KIEV: Ukraine hari ini memulakan proses mendapatkan semula aset bernilai AS$1.5 bilion (RM6.51 bilion) yang didakwa dicuri pemimpin disingkir yang disokong Russia, Viktor Yanukovych.

Viktor Yanukovych

Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara berkata, bank negara itu mula merampas pegangan rejim lama berikutan keputusan mahkamah sebelum ini.

Ketua majlis, Oleksandr Turchynov berkata, wang berjumlah AS$1.5 bilion itu akan dikembalikan ke dalam bajet negara.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menganggarkan jumlah sebenar aset terbabit ialah 40 bilion hryvnias, iaitu hampir AS$5 bilion (RM21.68 bilion) ketika Yanukovych memegang kuasa.

“Wang ini dicuri daripada rakyat Ukraine dan diambil daripada poket setiap rakyat,” katanya ketika berucap di khalayak ramai.

Perkhidmatan pemantau kewangan tahun lalu mengeluarkan kenyataan, aset milik Yanukovych dan kroninya dibekukan di Ukraine sejak revolusi pro Kesatuan Eropah (EU) pada Februari 2014.

Pemimpin yang mendapat sokongan Kremlin itu dituduh mencuri berbilion dolar sepanjang tempoh empat tahun pemerintahannya yang berakhir dengan rusuhan jalanan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here