Umat Islam Indonesia digesa boikot Starbucks

0
55


PERTUBUHAN Muhammadiyah menggesa umat Islam di Indonesia memboikot Starbucks atas dakwaan rangkaian kedai kopi itu menyokong golongan yang mengamalkan hubungan sejenis.- Foto Reuters

JAKARTA: Pertubuhan Muhammadiyah menggesa umat Islam di Indonesia memboikot Starbucks atas dakwaan rangkaian kedai kopi itu menyokong golongan yang mengamalkan hubungan sejenis.

Pemimpin pertubuhan itu turut mendesak kerajaan Indonesia supaya menarik balik lesen perniagaan syarikat berkenaan selepas mereka menyatakan pendirian menyokong isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Ideologi, perniagaan dan pandangan mengenai perkara yang mereka sokong bertentangan dengan ideologi kita,” kata Ketua Hal Ehwal Ekonomi, Muhammadiyah, Anwar Abbas kepada AFP.

Seorang lagi pemimpin Muhammadiyah, Yunahar Ilyas, turut meminta umat Islam supaya tidak membeli minuman di Starbucks supaya pendapatan itu tidak digunakan untuk mengukuhkan kempen LGBT.

Sementara itu, Starbucks Indonesia tidak memberikan maklum balas ketika dihubungi AFP berhubung perkara berkenaan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here