UMNO akan umum tiga penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang

0
66



KUALA LUMPUR: Tiga orang veteran UMNO akan diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei depan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, penerima anugerah itu akan dipilih daripada mereka yang banyak berjasa kepada parti selain memberi perkhidmatan terbaik dalam pembangunan negara.

Bagaimanapun, Ab. Rauf tidak mendedahkan nama tiga calon untuk anugerah berkenaan.

“Sudah pasti mereka yang banyak berjasa kepada negara dan parti dalam memberi perkhidatan terbaik dalam membina Malaysia.

“Sudah pasti mereka ini adalah yang begitu lama berkhidmat dalam parti dan menyumbang kepada negara sekali gus menjadi kriteria utama untuk diberikan anugerah ini.

“Anugerah ini sudah diberi saringan oleh jawatankuasa untuk dilihat kelayakan dan juga kriteria yang perlu diambil kira sebelum diputuskan oleh majlis pengurusan parti,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media Sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di sini hari ini.

BACA: Cabutan bertuah RM1 juta pada sambutan ulang tahun UMNO ke-71

BACA: Keahlian UMNO meningkat mendadak РPM Najib

Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa diberikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 semasa Hari Ulang Tahun UMNO Ke-70 pada 12 Mei tahun lepas.

Sementara itu jelas Ab. Rauf, sambutan tahun ini akan melibatkan penyertaan lebih 140,000 ahli UMNO sekali gus bakal mencatatkan sejarah sebagai acara sambutan ulang tahun terbesar dalam sejarah parti.

Pengisian program akan tertumpu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 dan 11 Mei dengan pelbagai program dan karnival berbentuk jualan dan hiburan dengan jangkaan kehadiran sebanyak 200,000 pengunjung.

Dalam pada itu tambahnya, mereka yang layak menyertai cabutan bertuah pada malam 11 Mei itu adalah individu yang mendaftar sebagai anggota UMNO dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.

Katanya, acara kemuncak pada malam 11 Mei pula akan bermula dengan upacara penyerahan dan menaikkan bendera UMNO diikuti ucapan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here