United kelab teratas Eropah

0
26



MANCHESTER United menduduki senarai teratas ‘kelab paling berharga Eropah’ menurut laporan terbaru dikeluarkan, hari ini membabitkan kelab memiliki kewangan kukuh dalam kalangan kelab utama benua itu.

Laporan firma khidmat profesional KPMG menilai tahap kewangan sebanyak 39 kelab berdasarkan populariti mereka dalam saluran media sosial, jumlah pendapatan bagi musim 2014-15 dan 2015-16 serta kejayaan dalam pertandingan Eropah.

Kelab terbabit disenaraikan berdasarkan nilai keusahawan mereka, ukuran perakaunan digunakan untuk menilai untuk membeli bagi mana mana kelab jika dipilih atau syarikat termasuk hutang keseluruhan perniagaan dengan KPMG menggunakan formula sendiri untuk mencapai tahap penilaian terbabit.

Biarpun melalui dua musim mengecewakan 2014 dan 2016, nilai United melonjak berada di depan Real Madrid dan Barcelona tahun lalu.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu muncul kelab pertama memecahkan rekod tiga bilion euro (RM14.8 bilion) daripada segi nilai keusahawanan.

Bayern Munich kekal tangga keempat sementara Manchester City berada di depan Arsenal untuk tempat kelima tetapi gabungan kedua dua keusahawan terbabit hanya bernilai £1.7 bilion (RM9.3 bilion).

Chelsea, Liverpool, Juventus dan Spurs mengisi empat kedudukan selepas itu menyaksikan enam daripada 10 teratas adalah pasukan EPL.

Dalam satu kenyataan, ketua bahagian sukan global KPMG Andrea Sartori berkata: “Nilai agregat kelab utama Eropah menunjukkan nilai keseluruhan bolasepak sebagai satu industri semakin berkembang.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here