United menang penalti atasi Milan

0
115
Advertisement



LOS ANGELES: Alexis Sanchez menjaringkan gol ketika Manchester United seri 1-1 menentang AC Milan sebelum memenangi pertembungan itu menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), hari ini.

Pemain antarabangsa Chile itu menjadi pemain terbaik United pada aksi di Carson’s StubHub Center apabila meletakkan The Red Devils di hadapan minit ke-12 sebelum pemain tengah Sepanyol, Suso mengikat kedudukan tiga minit berselang.

Meskipun Sanchez beraksi cemerlang namun gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu buntu untuk mendapatkan gol tambahan sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

United memenangi penentuan sepakan penalti 9-8 yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa ‘mengitar semula’ pemain untuk mengambil sepakan penalti selepas kebanyakan daripadanya tersasar.

Ander Herrera memberikan kelebihan pada United selepas menyempurnakan sepakan penalti keduanya, namun tendangan pemain muda Ivory Coast, Franck Kessie melambung tinggi sekali gus menghadiahkan kemenangan kepada United.

Penjaga gol Portugal, Joel Pereira yang memanfaatkan peluang selepas David de Gea dan Sergio Romero belum menyertai pasukan, mengharapkan persembahannya dapat menarik perhatian Jose Mourinho untuk menyenaraikannya dalam pasukan utama.

“Saya berada di sini sejak 18 bulan lalu dan pengurus meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada saya. Dia mahu saya beraksi dan berpendapat ini adalah perkara yang tepat buat saya.

“Saya mahu buktikan bahawa keputusan pengurus adalah tepat.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here