United perluas capaian siaran

0
117
Advertisement



MANCHESTER: Manchester United melancarkan siaran MUTV menerusi Amazon Fire TV, Apple TV, Roku dan Xbox sebagai usaha terkini kelab Liga Perdana Inggeris itu menarik lebih ramai peminat di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Australia dan Afrika, jelas kelab berkenaan.

Pelanggan MUTV berpeluang menonton semua perlawanan pramusim Manchester United serta temubual selepas perlawanan dengan pemain dan pengurus Jose Mourinho.

“Perkembangan berterusan MUTV serta pelancaran menerusi platform ini meluaskan capaian kami, memperkenalkannya kepada audien baru, dan membolehkan peminat kami mengakses rancangan berasaskan permintaan yang memenangi anugerah dan pengaturcaraan linear tanpa perlu meninggalkan persekitaran ‘set-top-box’ mereka,” kata Phil Lynch, ketua pegawai eksekutif media pasukan itu dalam satu kenyataan.

“Wujud trend baru untuk audien remaja khususnya dalam mengakses program menerusi internet menerusi program seumpama itu,” tambahnya.

United berpeluang memecah rekod kehadiran penonton bola sepak di Amerika Syarikat Sabtu ini apabila berdepan pencabar Liga Perdana, Liverpool di Stadium Michigan, digelar The Big House yang mampu menampung lebih 115,000 penonton.

United memecah rekod kehadiran bola sepak pada 2014 ketika menewaskan Real Madrid 3-1 di depan 109,000 penonton di Stadium Michigan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here