Untung bersih AirAsia Bhd naik kepada RM1.09 bilion pada suku pertama

0
325
Advertisement

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd mencatatkan keuntungan bersih bagi suku tahun pertama yang tinggi sebanyak RM1.09 bilion untuk tempoh berakhir 31 Mac 2018, berbanding RM584.25 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan naik kepada RM2.56 bilion berbanding RM2.23 bilion sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penerbangan itu berkata kumpulan mencatatkan tambahan 1,933,878 tempat duduk pada suku pertama 2018 berbanding tempoh sama sebelum ini, yang mewakili tambahan pertumbuhan kapasiti sebanyak 19 peratus.

Keuntungan bersih bagi suku tahun semasa adalah sebanyak 87 peratus lebih tinggi, dari segi tahun ke tahun, dan disumbangkan oleh pertumbuhan perniagaan dan keuntungan pengukuran semula sebanyak RM534.7 juta daripada penjualan Ground Team Red Holdings Sdn Bhd.

“Keuntungan itu, bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi oleh caj cukai semasa dan tertunda sebanyak RM104 juta pada suku tahun semasa,” kata AirAsia.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here