Untunglah! Kekasih hadiahkan Elvina kuda Argentina

0
49
Advertisement

DEMI cinta, kekasih kepada pelakon Elvina Mohamad, Datuk Mohd Haniff Borhan telah menghadiahkannya seekor kuda baka Argentina.

Kata Mohd Haniff, haiwan itu sekadar pemberian untuk pelakon drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari itu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya kelak.

“Saya mahu dia masuk ke ‘dunia’ saya iaitu sukan polo dan sukan permotoran jadi saya hadiakan dia seekor kuda.

“Malah saya ada mengajarnya cara-cara menunggang kuda dan teknik ringkas bermain sukan polo berkuda.

“Kuda yang diberi nama Indiana itu bukanlah hadiah untuk majlis perkahwinan atau meraikan apa-apa,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Bakal jadi Datin muda, Elvina nikah 18 Mac

Mohd Haniff ditemui bersama Elvina dalam sebuah sidang media khas mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 18 Mac nanti.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan dilangsungkan pada 24 Mac di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Elvina dan Mohd Haniff mula berkenalan rapat sejak awal tahun 2016 sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada sambutan hari jadi pelakon itu 25 Jan lalu.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here