Uruguay selesa benam Uzbekistan

0
14
Advertisement



MONTEVIDEO: Uruguay melangkah ke Piala Dunia dengan bergaya selepas membelasah Uzbekistan 3-0 dalam aksi pemanas badan terakhir di depan penyokong mereka, sebentar tadi.

Kemenangan ke atas pasukan 81 tangga di bawah mereka, iaitu ranking ke-95 dunia adalah yang ketiga berturut-turut buat pasukan Amerika Selatan itu yang hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan terakhir mereka.

Uruguay membuka tirai jaringan seawal minit ke-31 apabila Giorgian De Arrascaeta merembat sejauh 15 meter hasil kerjasama baik daripada gandingan Edinson Cavani dan Luis Suarez.

Suarez menggandakan jaringan lapan minit selepas rehat apabila menyempurnakan sepakan penalti dan Jose Maria Gimenez menanduk masuk hasil sepakan sudut pada minit ke-72, menjadikan kedudukan 3-0.

Uzbekistan kemudiannya beraksi dengan 10 pemain apabila Komilov Akromjon dibuang padang.

Uruguay, yang menjuarai Piala Dunia pada 1930 dan 1950, memulakan kempen Piala Dunia pada 15 Jun ini menentang Mesir, berdepan Arab Saudi lima hari kemudian sebelum melengkapkan aksi Kumpulan A berdepan tuan rumah Russia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here